eSENAT - Portal Rasmi

PORTAL eSENAT UMP

Tentang Senat

Senat ialah badan berkuasa akademik bagi Universiti yang mengawal dan bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan penetapan serta pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain (berdasarkan Seksyen 22 di dalam Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang).

Sehubungan ini, Unit Senat di Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia kepada Senat Universiti serta menyelaras Jawatankuasa dan Majlis yang ada dibawahnya.Secara umumnya, tugas sebagai Urus setia Senat, di antara yang lain termasuklah tetapi tidak terhad kepada yang berikut:- 

  1. Mengaturkan perjalanan mesyuarat Senat Universiti;
  2. Menyediakan agenda dan fail mesyuarat;
  3. Menyedia, mengedar minit mesyuarat serta mendapatkan maklumbalas terhadap setiap tindakan;
  4. Mengurus dan mengemaskini dokumen dan rekod berkaitan Senat (kertas kerja, rekod keputusan mesyuarat dan sebagainya).
  5. Mengemaskini senarai keahlian yang betul dan terkini - termasuk penyediaan surat pelantikan;
  6. Berurusan secara langsung dengan Jawatankuasa dan Majlis di bawah Senat; 
  7. Menguruskan perkara-perkara berkaitan akademik untuk kelulusan/pemakluman; 
  8. Menguruskan pelantikan Setiausaha Jawatankuasa dan Majlis di bawah Senat.


Keahlian Senat

Senat Universiti dianggotai oleh:-

  1. Naib Canselor sebagai Pengerusi ;
  2. Semua Timbalan Naib Canselor (salah seorang dilantik sebagai Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi); 
  3. Semua Dekan Fakulti dan semua Ketua Kampus Cawangan, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti ;
  4. Tidak lebih daripada dua puluh orang Profesor sepenuh masa yang dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti ; dan
  5. Tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah diko-opt oleh Naib Canselor selama tiga tahun


Jawatankuasa/Majlis di bawah Senat

Jawatankuasa dan Majlis yang ditubuhkan di bawah Senat adalah seperti berikut:-

  • Jawatankuasa Perancangan Dan Pembangunan Akademik;
  • Jawatankuasa Penyelidikan Dan Pengembangan Ilmu;
  • Majlis Peperiksaan Universiti;
  • Majlis Pengajian Siswazah Universiti; dan
  • Majlis Pembelajaran Sepanjang Hayat


Hubungan Senat dengan Jawatankuasa/Majlis

Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang dibawah Seksyen 22 (7) menyatakan bahawa: Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya atau sesuatu jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya. 


Jawatankuasa dan Majlis di bawah Senat telah ditubuhkan dan telah diperturunkan kuasa-kuasa tertentu mengikut fungsi masing-masing yang telah ditetapkan oleh Senat. Jawatankuasa dan Majlis di bawah Senat akan membincangkan serta memperakukan kepada Senat Universiti tentang hal-hal akademik (diantaranya termasuk penubuhan fakulti/pusat, penentuan kurikulum, syarat dan kelayakan masuk pelajar, peperiksaan, pelantikan Pemeriksa Luar dan Profesor Tamu/Profesor Pelawat, pemberian anugerah/hadiah akademik, penyelidikan dan penerbitan.

Urus setia Mesyuarat Senat

Urus setia mesyuarat Senat adalah Unit Senat & Pentadbiran Akademik, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

Log In